Isnin, 6 November 2017

Sesi Permulaan Pekerjaan Bergelar "Ibu"

Assalammualaikum..
Lamanya saya tidak menaip dalam buku blogger ni ye. Baru berkesempatan nak menaip rasanya. Tiba-tiba ingin berkongsi kisah-kisah yang dilalui huhuhu 😁 . Maklumlah sejak jadi seorang ibu ni padat rasanya jadual. Mana taknya pergi kerja dahlah jauh, 2 jam awal pula tu kena gerak keluar dari rumah. Yelah takut jem kan. Nak-nak sekarang bangunan dan landasan pengangkutan baru nak di binanya ha.
Terkadang nak pergi ke tempat kerja pun tak sempat. Terkial-kial lagi dalam penyesuaian diri yang bergelar si "ibu" ni. Ini baru anak sorang, belum lagi 2,3 dan seterusnya(aipppp banyak anak nampak nak hahaha) insyallah.anak itu rezeki dan cahaya mata yang tiada nilai gantinya.
Malam ni walaupun mata terkuyup-kuyup nak terlelap je atas tren ni. Tapi hati berada dekat blogger pula hahaha. Urmmm.. perjalanan seorang isteri dan ibu ni letih rupanya ye. Dulu-dulu kita sangka tak letih. Tapi hakikatnya tuan badan sendiri, masing-masing tahu macam mana.
Dulu kalau dekat tempat kerja senang sikit nak bergerak atau nak menaip , stalker panjang lebar ni. Tapi sekarang tak boleh dah. Huhuhu. Masa itu emas, sekejap je masa berlalu. Tahu-tahu dah malam kiranya. 
Yang mana saya nak katakan tu, bila kita kerja balik dah ambil anak dekat pengasuh. Kita dah nak kena layan si kecil pula. Tak termasuk si bapanya pula ha.. Apa yang saya lalui ini, betul-betul cabaran yang sangat besar jadi seorang ibu yang bekerjaya ni.
Bekerja dan jadi seorang isteri serta ibu kepada anak ni rupanya tenaga tu kena perah dengan lebih. Penat oooo tak terkatalah,letihnya tu. Alhamdulillah setiap hari laluinya penuh semangat dan kesabaran, jangan merungut tak baik.. huhu
Besar pahalanya bagi seorang isteri dan ibu ni ye kalau kome nak tahu 🤗 . Ganjaran yang tiada nilainya. Berbalik kepada keletihan kita berkerja dan mengemas rumah serta urus anak, takkan kita tak ambil apa-apa vitamin supplement pape kan. Jadi di sini saya kongsikan yang saya amalkan Energizing Protein soya -ESP dari shaklee dan Ostematrik Shaklee. Inilah bagi kekuatan tenaga saya,tiada kalsium mana nak jalannya haa betul tak?
Kalau dah jadi ibu ni, nak-nak kita bf baby boy plak. Mahu taknya kuatlah si kecil nak menyusu. Kita ni isteri yang bekerjaya bukan di luar aja,di rumah pun kita isteri bekerjaya tau, nanti bila pam susu mesti mommy-mommy kat luar sana rasa cair je kan? So nak pekatkan ia kita ambillah 2 supplement tambahan tenaga ini dan bagi pekatnya susu kita. Insyallah baby pun puas je nak susu bila ketiadaan kita. Jangan lupa pula,tulang kita ni memainkan peranan penting. Kalau kita banyak buat kerja mesti tulang badan kita sakit-sakitkan? Lenguh bagai,untuk pertambahannya kita makanlah untuk back bone or tulang lain-lain kita sihat dan bertenaga gitu. INSYALLAH..berkat doa ibu-ibu,isteri di luar sana di makbulkan.
Asalkan kita set mind otak kita dengan kata-kata positif gitu..
Oklah sampai di sini saja celoteh kita ye..bye2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan