Ahad, 24 September 2017

Kek batik tanpa butter

            Test..test..test...testing... 1,2,3 hehe😁
Salam tengah hari, hari ni mood rajin bebenor nak buat kek. Nak kudap-kudap katakan. Orang lain kudap-kudap keropok,coklat bagai. Tapi kita? kudap kek .. tea time gitu, ingat kedai kek je ke ada tea time. Rumah pun mestilah kena ada haaaa tea time set nya 🤗
           
       Tengah hari cuaca yang cantik ni..moh ler kita ke dapur tukang menukang tuk kudap perut kita ye... Salah 1 nya saya buat iaitu kek batik.. Penat search kek batik tanpa telur macam mana nak buat. Halmaklum, malas nak ke kedai beli butter haa.. yelah, siapa nak tengok baby? Kedai plak hujung dunia hohoiii (jauhgedik)
Oklah..kali ni saya buat resepi sendiri je. Kek batik tanpa butter tu saya olah kepada kek batik minyak masakan😊 .. Hope Fully menjadi ye😅😅sis cuba## haha ..
          
       Memandangkan sikit je biskut kita ada..oklah kita sorang je pun makan kaaaaannn...


Bahan-bahan♡
-Telur 1biji
-Milo 1@2 cawan
-Air masak 1/2cawan
-susu pekat (ikut kemanisan yang kita nak)
-esen vanila 1sudu teh (xnak letak pun xpe)
-biskut marie
-minyak masak 5 sudu makan
-nestum (toping buat hiasan)


Cara-caranya♡
1)Panaskan kuali dengan api yang kecil,masukkan minyak,milo,air masak,susu pekat,esen vanila, dan telur.
2)kacau. Dah nampak agak macam nak mendidih tu,matikanlah api dan masukkan biskut marie tadi.
3) gaullah dengan sebati..masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais..

      Eh eh eh...jap..toping jangan lupa ye..
Saya campurkan nestum bersama milo..gaul bagi sebati dan letakkan di atasnya..





Finally siap dah hehe😁😁 bolehlah sejukkan dalam peti ais..letak bahagian bawah,belakang sekali ye (peti 2pintu) ...😁😁🤗


Oklah sampai di sini saja santai petang kita..Jaga kesihatan dan banyakkan minum air suam seharian😊😁.. Enjoy ur tea time uolss😋😘..


#sharing is caring
#richyurashaklee


5 ulasan: